Friday 1 July 2022

Ketika dan Kalimat

 

Amali 1 Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi kursus Multimedia dalam Bahasa BBM3410. Secara jujurnya, saya sangat gembira kerana fizikal dan mental saya masih tetap gagah dan bertahan sehingga penamat. Ehhhh, tapi buka tak suka belajar kursus ni yeee tapi sebab segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah, Prof Normaliza dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 

Berikutan ini merupakan tugasan terakhir, Prof Normaliza mengarahkan kami untuk membuat satu blog tentang ketika dan kalimat bagi mencurahkan segala suka duku sepanjang pembelajaran kursus Multimedia dalam Bahasa ini. 

Banyak sebenarnya input dan pengalaman yang saya dapat ketika menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Mula-mula dulu, first impression dekat prof macam "Ei garangnya prof ni!", "Boleh ke aku belajar kursus sebab aku ni jenis buta IT", "Asal banyak sangat, kerja yang prof bagi" dan banyak lagi hahahahaha. Bukan niat untuk mengutuk yaaaa, biasalah masa tu tak kenal lagi so ungkapan tak kenal maka tak cinta tak boleh nak pakai lagi. Tentang tugasan pulak, semuanya praktikal, rakam video menari la, berlakon la, menyanyi la Allahu time tu rasa, boleh ke aku buat tugasan ni. Dah la ahli kumpulan semua tak lengkap sebab ada yang berada dekat kolej dan rumah so rasa susah sangat nak sesuaikan ikut plan. Nak berlakon tak reti, nak menari lagi la kaku hahahahahaha pastu nak acah natural time camera nak record tu payah gilaaaaaaaa. Lepastu tugasan pun bukan main banyak hahaha setiap minggu ada je tugasan yang diberikan. Tipulah kalau tak merungut kan, tapi pegang kata-kata prof juga, "kalau awak semua redha, mesti tugasan yang saya bagi awak dapat siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan."

Tapi saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan saya KJK PRODUCTION sebab semua senang sangat untuk dibawa berbincang. Lepastu semua pulak pro-pro yang pandai mengedit la pandai berlakon la fuh memang rasa bersyukur sangat dapat bersama dalam satu kumpulan yang sporting habisssssssssss. Kalau gaduh sikit-sikit tu biasa la kan, manusia kan takde yang sempurna hshshshshs. Dan yang paling penting, saya dah dapat cungkil bakat terpendam sikit hshshshs dari taktau nak edit video, jadi dah boleh edit even tak pro heeeeeeee. Terima kasih Prof Normaliza !

Jauh dalam sudut hati saya, saya sangat suka dengan cara prof Normaliza handle kelas Multimedia ni heeee bukan nak membodek atau apa tapi dah memang ikhlassss. Dengar prof membebel rasa macam terubat je rindu nak dengar bebelan mak saya dekat rumahhhh. I likeeeeeeeeeeeeeee ❤

Saya sebagai manusia yang alpa dan hina ini , ingin merendahkan diri saya untuk menyusun sepuluh jari memohon keampunan jika ada salah silap sepanjang saya mengikuti kelas prof.  Terima kasih Prof atas segala ilmu dan nasihat yang prof curahkan. Saya sangat hargainya!!!!!!

TERIMA KASIH SEKALI LAGI PROF. NORMALIZA

Gambar Kenangan





Kehadiran amali 1 Julai 2022 (kuliah terakhir)


Pembentangan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensi buku Multimedia dalam Bahasa setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:


1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production

Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan pada Rabu, 29 Jun 2022. 


Klik pautan Google Slides untuk melihat slide kumpulan saya ❤

Slide Pembentangan Resensi Buku


Kehadiran kuliah 29 Jun 2022 ( pembentangan kumpulan)


Pembentangan Podcast

 

Bagi kuliah minggu 13, kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan giliran atau ahli kedua dalam kumpulan yang akan melakukan pembentangan. 


Saya memilih podcast "Cerita Seram Pelesit: Spirit Horror Story" daripada Ashrappp Channel di Youtube. 

Pembentangan saya dijalankan pada 
22 Jun 2022, Rabu [MINGGU 13]

Berikut merupakan kandungan dalam slide pembentangan saya ❤







Klik pautan Canva di bawah untuk melihat slide saya ❤


Klik pautan Youtube di bawah untuk menonton Podcast pilihan saya ❤


Kumpulan yang tidak berkesempatan untuk membuat pembentangan pada kuliah hari rabu, akan menyambung pembentangan semasa waktu amali hari jumaat iaitu pada 24 Jun 2022.


Kehadiran kuliah 22 Jun 2022 (Pembentangan Podcast)

Kehadiran amali 24 Jun 2022 (Sambungan pembentangan Podcast)


Friday 17 June 2022

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

 

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan. 


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022


Podcast

 

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan giliran atau ahli kedua dalam kumpulan yang akan melakukan pembentangan. 

Saya memilih podcast "Cerita Seram Pelesit: Spirit Horror Story" daripada Ashrappp Channel di Youtube. 


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022






Friday 10 June 2022

INFOGRAFIK: MEDIA SOSIAL

 

Tugasan amali pada minggu ini memerlukan kami untuk menyediakan satu infografik tentang tujuh jenis media sosial yang telah digunakan sepanjang mempelajari kursus ini iaitu Instagram, Facebook, Twitter, Youtube, LinkedIn, Tiktok dan Blogger berserta dengan empat kebaikan bagi jenis-jenis media sosial tersebut. 

Berikut merupakan paparan Infografik tentang Media Sosial





Kehadiran amali: 10 Jun 2022


Tuesday 7 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SETEMPAT

 

Menurut Normaliza, video setempat ini merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Slain itu, video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan yang dirakam dan suara latar adalah suara individu yang merakam video tersebut.

Tugasan pada minggu ini memerlukan kami untuk merakam video setempat dalam durasi paling maksimum 3 minit. Kekangan yang saya hadapai semasa menyiapkan tugasan ini apabila ketika saya ingin merakam di tempat terbuka dan tiba-tiba hujan mulai turun di tengah-tengah sesi rakaman.


Klik pautan link dibawah untuk menonton ❤

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SETEMPAT[INDIVIDU]


Kehadiran kuliah 16 Jun 2022