Saturday 2 April 2022

Future creek ☺


2007 - 2012

 


Saya mendapatkan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Samudra dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Sekolah ni betul-betul terletak dekat belakang Giant Batu Caves je hihihihi jadi bila balik sekolah je confirm singgah Giant dulu acah lepak dengan kawan-kawan kononnya lah. Sekolah ni memang sangat sangat best yeeee dengan cikgu-cikgu baik jeee lepastu sporting. Gambar ni time hari sukan sekolah al-maklumlah saya ni dari rumah sukan kuning aka al-Razi heeeee. Bila masuk acara tarik tali je confirm rumah sukan kuning menang sebabnya semua gagah perkasa belaka *** lepastu badan masing-masing pun paling besar daripada ahli rumah sukan lain hihihihi gurau jeee *** 


2013 - 2017








Selepas itu, saya menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah pula dari tahun 2013 hingga 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak atau nama famousnya ialah Semerbak hihihihihi Sekolah ni memang awesome sebab journey saya dari tingkatan 1 hingga la SPM. Banyak juga la experience yang saya dapat sebenarnya yang pada awalnya saya asyik main je tak ingat dunia al-maklumlah masih rasa dalam fasa kanak-kanak ribena kan HAHAHAHA tapi start tahun 2015 lepas terima result PT3, daripada situ saya mula serius dalam pembelajaran saya :')


2018 - 2019












Lepas dapat result SPM pula, saya sambung pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia dari tahun 2018 hingga 2019. Pada awalnya, bukan niat asal saya sebenarnya masuk tingkatan enam ni hihihi tapi tu lah rezeki saya kan. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan iye dok? Tapi saya sangat bersyukur ye sebab dikelilingi dengan kawan-kawan yang ramah belaka lepastu bonding dengan cikgu-cikgu pun lagi rapat berbanding time sekolah rendah dengan menengah heeee... Bila habis sekolah je, confirm merayap pergi bilik guru sebab dah jadi port lepak hshshshshshs dengan makanannya tak pernah takde  * nampak sangat kan datang sebab nak makan je hshshshshs gurau gurau *


2020 - sekarang






Alhamdulillah lepas dah dapat tahu result STPM, cepat-cepat isi UPU mohon Universiti Putra Malaysia yang ada dekat pilihan ketiga hihihi dimana pilihan pertama dan kedua saya adalah UPSI dan USM hihihi. Tapi rezeki saya tertulis menjadi pelajar UPM hihihi. Mula-mula tak rasa tau pengalaman belajar dekat universiti secara realiti yela sebab pandemik kan so terpaksa sis reda yeee... tapi bila kerajaan dah start bagi student balik ke kampus semula, alhamdulillah dapat juga la merasa sedikit sebanyak merasa pengalaman belajar hihihihihi 



" Nak cerita lebih-lebih kang takut orang lain baca rasa cringe pula ye dok hahahaha "






No comments:

Post a Comment