Thursday 31 March 2022

Dear myself ❤



Assalamualaikum and hello everyone!

Nama yang diberi ialah Rosnani binti Mohamed tapi boleh je panggil kak ros ke nani keeee hihihihi. Dilahirkan pada tanggal 28 Oktober 2000 psstt psstt batch 00 ni bosskurrrr! Ingat tahun je dah tahu umur berapa hshshshs jadi senang je kan? Saya tinggal di Gombak, Selangor dan keluarga saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang haa tahu kan negeri apa shhhhh tak lain tak bukan mestilah negeri Kelantan. Walaupun darah Kelantan mengalir dalam salasilah keluarga saya tapi sayangnya ambo dok gheti nok kecek kelate pah lagu mano nok buak kigho!??? pehe molek doh tapi bilo nok kecek kelate tu tubik bunyi po siye HAHAHAHAHA. Saya merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada awalnya, hati nak masuk UPSI al-maklumlah nak jadi warga pendidik asalnya tapi betul lah doa ibu tanpa hijab kan terus diserap secara rasmi menjadi pelajar UPM sebab jarak rumah dengan tempat belajar dekat jeee yela duduk Gombak je kan hahahaha jadi takdelah nak merantau jauh-jauh. Tapi saya sangat bersyukur jadi pelajar UPM yaaa sebab persekitaran semua cun sangat memang daebak ah! Kalau ada rezeki nak sambung sampai PHD mana tahu boleh jadi pensyarah ke hihihihi masyaAllah berangan je lebih saya ni yaaaa. Saya merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Saya ni sangat-sangat pemalu orangnya tapi bila lepak dengan kawan-kawan fuh keluar segala perangai tak senonoh. First impression orang terhadap saya yang pernah dengar mesti ada yang kata yang saya ni sombong dan garang orangnya tapi hakikatnya saya tak sombong cuma pemalu ajeee kalau garang pulak mungkin muka saya kotttt yela sebab ikut muka arwah abah kan hihihihi. Jadi, jangan la segan-segan ya nak tegur saya sebab confirm saya akan respond punyaaa tapi kalau saya tak respond tu mungkin saya tak dengar sebab jenis kurang pendengaran katakan HAHAHAHA so suara tu kena bagi volume paling padu punyaaaaaa.



Okay ni pasal hobi saya pula heeee saya ni suka sangat sibukkan diri dalam bidang sukan sebenarnya tak kira la bola jaring, bola tampar, bola baling, futsal ke apa haa lagi satu saya suka buat benda lasak macam jungle trekking ke daki bukit ke. Nak kata tinggi tu tak juga sebenarnya sebab boleh anggap average tinggi perempuan Asia jeee tapI kalau dalam kalangan kawan-kawan saya tu saya lah paling tinggi taktau la sebab apa mungkin saya memang tinggi daripada mereka atau mereka memang rendah daripada saya hihihihi gurau jeee. Untuk pengetahuan semua, saya ni seorang yang kasar sebenarnya hahaha cita-cita pun dari kecil memang nak jadi askar acah nak ikut jejak langkah arwah abah tapi ibu pula tak bagi dengan alasan banyak lagi kerja lain boleh buat hmm jadi terpaksalah saya akur ya supaya boleh jadi anak yang solehah haa gituuu. Tapi, saya tetap tekadkan azam dalam diri saya supaya dapat menjadi askar suatu hari nanti dengan keizinan ibu saya. Selain sukan, saya suka tonton filem terutama filem genre horror, action, fantasy sebab bila ada masa lapang je terus buka laptop tengok filem sorang-sorang hshshshshs hmmm rasanya ni je kot serba sedikit pasal diri saya. Okay tata semuaaaaa! 



"Kalau nak tahu lebih lanjut tentang diri saya, jangan segan silu tegur saya yaaa <3" 

No comments:

Post a Comment