Tuesday 29 March 2022

Elemen asas grafik


BBM3410 - 2022 - ASAS GRAFIK (INTERNET) - KJK PRODUCTION


Elemen: Mudah

Tema: Kapal terbang

Rujukan: https://www.instagram.com/p/CG0FEoWnMcUxGxow9MpjDPP88XmYW2Je-TjWQo0/?utm_medium=share_sheet

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah kapal terbang yang memenuhi elemen asas grafik mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar ini mudah untuk ditafsir dengan mempamerkan hanya sebuah kapal terbang yang melebarkan sayapnya di langit yang biru. Tiada sebarang kekeliruan yang ditonjolkan di dalam gambar tersebut kerana mudah dikenal pasti dengan sekali pandang.  



Elemen: Warna

Tema: Bunga

Rujukanhttps://pin.it/7e6A18V

Huraian: Gambar di atas menunjukkan beberapa kuntum bunga yang jelas menonjolkan elemen asas grafik warna. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar tersebut hanya menonjolkan tiga warna sahaja iaitu warna putih, warna kuning dan warna hijau pada dedaun. Gambar tersebut memenuhi elemen asas grafik bagi warna kerana tiada penggunaan warna yang terlalu banyak yang boleh menyebabkan sesuatu gambar tersebut menjadi agak serabut dan menimbulkan kekeliruan.



Elemen: Teks

Tema: Papan tanda

Rujukanhttps://images.app.goo.gl/hkX84iNT1XBohHRK7

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah papan tanda yang jelas mempamerkan elemen teks.  Pemilihan jenis dan saiz tulisan juga menjadi faktor penting dalam memenuhi sesuatu elemen teks kerana ianya amat ringkas tetapi padat. Pemilihan tersebut amat penting supaya mudah dibaca dan difahami. Buktinya, orang ramai dengan mudah dapat membaca pada papan tanda tersebut yang mengiklankan tentang hanya satu saiz minuman dapat memenuhi untuk semua jenis saiz. 



Elemen: Kesesuaian

Tema: Papan tanda

Rujukanhttps://images.app.goo.gl/mBDthY7ej61jpArn8

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah papan tanda yang mengandungi elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana iklan tersebut menonjolkan promosi air berkarbonat iaitu Coca-Cola. Gambar yang digunakan juga bersesuaian kerana berjaya menonjolkan gambar yang ingin diiklankan iaitu gelas, botol, air berserta tulisan Coca-Cola tersebut.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukanhttps://pin.it/6XOdAVN

Huraian: Gambar di atas menunjukkan pemandangan yang mempunyai elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan demikian kerana di sebelah kiri dan kanan terdapat pokok-pokok manakala pada bahagian atas pula terdapat sedikit langit yang kebiruan dan bahagian bawah menunjukkan jalan raya. Gambar tersebut jelas menunjukkan keseimbangan yang sama pada setiap bahagian dan sangat menarik.


BBM3410 - 2022 - ASAS GRAFIK (SENDIRI) - KJK PRODUCTION


Elemen: Mudah

Tema: Bangunan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah menara yang memenuhi elemen asas grafik mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar ini mudah untuk ditafsir dengan mempamerkan hanya sebuah menara yang megah berdiri. Tiada sebarang kekeliruan yang ditonjolkan di dalam gambar tersebut kerana mudah dikenal pasti dengan sekali pandang. 



Elemen: Warna

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan pemandangan yang jelas menonjolkan elemen asas grafik warna. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar tersebut hanya menonjolkan tiga warna sahaja iaitu warna putih pada awan, warna biru pada langit dan warna hijau pada pokok. Gambar tersebut memenuhi elemen asas grafik bagi warna kerana tiada penggunaan warna yang terlalu banyak yang boleh menyebabkan sesuatu gambar tersebut menjadi agak serabut dan menimbulkan kekeliruan.



Elemen: Teks

Tema: Papan tanda

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah papan tanda yang jelas mempamerkan elemen teks.  Pemilihan jenis dan saiz tulisan juga menjadi faktor penting dalam memenuhi sesuatu elemen teks kerana ianya amat ringkas tetapi padat. Pemilihan tersebut amat penting supaya mudah dibaca dan difahami. Buktinya, orang ramai dengan mudah dapat membaca pada papan tanda tersebut yang menandakan tentang kawasan pengumpulan mata tunas durian yang merupakan hak milik Universiti Putra Malaysia. 



Elemen: Kesesuaian 

Tema: Papan tanda

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah papan tanda yang mengandungi elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana iklan tersebut menonjolkan promosi ais krim daripada syarikat makanan tang terkenal iaitu Mc Donalds. Gambar yang digunakan juga bersesuaian kerana berjaya menonjolkan gambar yang ingin diiklankan iaitu kon ais krim berserta tulisan Mc Donalds tersebut.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Bangunan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan beberapa buah bangunan yang mempunyai elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan demikian kerana di sebelah kiri dan kanan terdapat dinding bangunan manakala pada bahagian atas pula terdapat sedikit langit yang kebiruan dan bahagian bawah menunjukkan beberapa bangunan. Gambar tersebut jelas menunjukkan keseimbangan yang sama pada setiap bahagian dan sangat menarik.

*Tekan link di bawah untuk menonton video*

*Selamat menonton❤*

BBM3410-2022-ELEMEN ASAS GRAFIK [KJK PRODUCTION]



Kuliah 30 Mac 2022, Rabu

No comments:

Post a Comment