Saturday 2 April 2022

The family heart ❤



Ni gambar keluarga adik-beradik tiri saya hihihi ramai lagi cuma takde dalam gambar jeeee. Gambar ni time hari kenduri abang saya pada tahun 2015 sebenarnya hshshshs lama kan???? Gambar ni agak memoriable sebenarnya bagi saya sebab ibu tiri saya yang duduk sebelah saya tu dah menghadap ilahi pada tahun 2019 hmm * al-fatihah dibaca *



ma saya tengah buat apa tu??? sibuk betul eh hahahaha btw saya kagum sangat dengan ma saya ye sebab dia berjaya mendidik saya dan adik-beradik mengenai apa itu erti kehidupan walaupun merupakan seorang ibu tunggal. Sejak pemergian arwah abah, ma selalu kerja keras dari awal pagi hingga ke lewat malam semata-mata nak mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Tengok pada gambar ni memang nampak sihat ye hihihi tapi lately ni kesihatan ma tak berapa okay, berat badan makin susut, dah tak kuat macam dulu lagi dah , nak jalan-jalan jauh pun tak larat, ulang-alik masuk hospital ibaratkan hospital tu dah jadi macam rumah kedua dah heeee. Jauh di sudut hati adik, adik rindu nak tengok ma sihat balik macam dulu biarlah kuat membebel pun tapi adik sentiasa get ready je tadah telinga hihihi jangan marah naaaa.. adik sayang ma sangat-sangat tau! jangan bagi adik rasa asyik nak nangis je tau <3




Ni pula antara gambar anak-anak buah saya hihihi maklumlah anak bongsu kan mesti berderet anak buah follow belakang iye dokk? Ni baru dua orang anak buah hihihihi ada ramai lagi anak buah sebenarnya yang totalnya jeng jeng jeng 7 orang hihihi which is 6 putera seorang puteri hshshshshshs 


" Rasanya ni sahaja serba sedikit coretan family kecil saya hihihi nak buat lebih tapi gambar pula limited huhuhuhu "


No comments:

Post a Comment