Friday 1 July 2022

Ketika dan Kalimat

 

Amali 1 Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi kursus Multimedia dalam Bahasa BBM3410. Secara jujurnya, saya sangat gembira kerana fizikal dan mental saya masih tetap gagah dan bertahan sehingga penamat. Ehhhh, tapi buka tak suka belajar kursus ni yeee tapi sebab segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah, Prof Normaliza dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 

Berikutan ini merupakan tugasan terakhir, Prof Normaliza mengarahkan kami untuk membuat satu blog tentang ketika dan kalimat bagi mencurahkan segala suka duku sepanjang pembelajaran kursus Multimedia dalam Bahasa ini. 

Banyak sebenarnya input dan pengalaman yang saya dapat ketika menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Mula-mula dulu, first impression dekat prof macam "Ei garangnya prof ni!", "Boleh ke aku belajar kursus sebab aku ni jenis buta IT", "Asal banyak sangat, kerja yang prof bagi" dan banyak lagi hahahahaha. Bukan niat untuk mengutuk yaaaa, biasalah masa tu tak kenal lagi so ungkapan tak kenal maka tak cinta tak boleh nak pakai lagi. Tentang tugasan pulak, semuanya praktikal, rakam video menari la, berlakon la, menyanyi la Allahu time tu rasa, boleh ke aku buat tugasan ni. Dah la ahli kumpulan semua tak lengkap sebab ada yang berada dekat kolej dan rumah so rasa susah sangat nak sesuaikan ikut plan. Nak berlakon tak reti, nak menari lagi la kaku hahahahahaha pastu nak acah natural time camera nak record tu payah gilaaaaaaaa. Lepastu tugasan pun bukan main banyak hahaha setiap minggu ada je tugasan yang diberikan. Tipulah kalau tak merungut kan, tapi pegang kata-kata prof juga, "kalau awak semua redha, mesti tugasan yang saya bagi awak dapat siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan."

Tapi saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan saya KJK PRODUCTION sebab semua senang sangat untuk dibawa berbincang. Lepastu semua pulak pro-pro yang pandai mengedit la pandai berlakon la fuh memang rasa bersyukur sangat dapat bersama dalam satu kumpulan yang sporting habisssssssssss. Kalau gaduh sikit-sikit tu biasa la kan, manusia kan takde yang sempurna hshshshshs. Dan yang paling penting, saya dah dapat cungkil bakat terpendam sikit hshshshs dari taktau nak edit video, jadi dah boleh edit even tak pro heeeeeeee. Terima kasih Prof Normaliza !

Jauh dalam sudut hati saya, saya sangat suka dengan cara prof Normaliza handle kelas Multimedia ni heeee bukan nak membodek atau apa tapi dah memang ikhlassss. Dengar prof membebel rasa macam terubat je rindu nak dengar bebelan mak saya dekat rumahhhh. I likeeeeeeeeeeeeeee ❤

Saya sebagai manusia yang alpa dan hina ini , ingin merendahkan diri saya untuk menyusun sepuluh jari memohon keampunan jika ada salah silap sepanjang saya mengikuti kelas prof.  Terima kasih Prof atas segala ilmu dan nasihat yang prof curahkan. Saya sangat hargainya!!!!!!

TERIMA KASIH SEKALI LAGI PROF. NORMALIZA

Gambar Kenangan





Kehadiran amali 1 Julai 2022 (kuliah terakhir)


No comments:

Post a Comment