Friday 17 June 2022

Podcast

 

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan giliran atau ahli kedua dalam kumpulan yang akan melakukan pembentangan. 

Saya memilih podcast "Cerita Seram Pelesit: Spirit Horror Story" daripada Ashrappp Channel di Youtube. 


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022






No comments:

Post a Comment