Wednesday 25 May 2022

Asas Videografi: Video Fokus / Tanpa Wajah

 

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

Proses penghasilan video fokus ini berjalan dengan lancar. Hal ini disebabkan, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Semua ahli kumpulan memberikan idea yang bernas yang telah menjayakan rakaman video ini. Kami semua sangat gembira dan mempelajari banyak perkara baru sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. 


Klik pautan Youtube di bawah untuk menonton video ❤

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO FOKUS / TANPA WAJAH [KJK PRODUCTION]


Kehadiran kuliah 26 Mei 2022 (Ganti kuliah 25 Mei 2022)


No comments:

Post a Comment