Friday 17 June 2022

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

 

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan. 


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022


Podcast

 

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan giliran atau ahli kedua dalam kumpulan yang akan melakukan pembentangan. 

Saya memilih podcast "Cerita Seram Pelesit: Spirit Horror Story" daripada Ashrappp Channel di Youtube. 


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022






Friday 10 June 2022

INFOGRAFIK: MEDIA SOSIAL

 

Tugasan amali pada minggu ini memerlukan kami untuk menyediakan satu infografik tentang tujuh jenis media sosial yang telah digunakan sepanjang mempelajari kursus ini iaitu Instagram, Facebook, Twitter, Youtube, LinkedIn, Tiktok dan Blogger berserta dengan empat kebaikan bagi jenis-jenis media sosial tersebut. 

Berikut merupakan paparan Infografik tentang Media Sosial





Kehadiran amali: 10 Jun 2022


Tuesday 7 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SETEMPAT

 

Menurut Normaliza, video setempat ini merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Slain itu, video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan yang dirakam dan suara latar adalah suara individu yang merakam video tersebut.

Tugasan pada minggu ini memerlukan kami untuk merakam video setempat dalam durasi paling maksimum 3 minit. Kekangan yang saya hadapai semasa menyiapkan tugasan ini apabila ketika saya ingin merakam di tempat terbuka dan tiba-tiba hujan mulai turun di tengah-tengah sesi rakaman.


Klik pautan link dibawah untuk menonton ❤

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SETEMPAT[INDIVIDU]


Kehadiran kuliah 16 Jun 2022


Asas Videografi: Video Dokumentari

 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut.

Proses untuk menyiapkan video dokumentari ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "sukan" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Kemudian, kami berbincang mengenai isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam video tersebut. Walaupun ada di antara kumpulan kami yang masih berada di rumah, tetapi proses untuk menyiapkan tugasan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.


Klik pautan Youtube di bawah untuk menonton video ❤

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO DOKUMENTARI [KJK PRODUCTION]


Kehadiran kuliah 8 Jun 2022


Friday 3 June 2022

Profil LinkedIn

 

Tugasan amali pada minggu ini memerlukan saya untuk mencipta akaun LinkedIn. Hal ini berikutan supaya dapat memudahkan proses untuk mencari kerja setelah berjaya menamatkan sesi pembelajaran dan meluaskan skop hubungan dengan tenaga kerja profesional.


Berikut merupakan profil LinkedIn saya ❤




Klik pautan LinkedIn di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut ❤

Profil LinkedIn


Di bawah merupakan bukti bahawa telah request "connect" dan "follow" kepada Prof Dr Normaliza Abd Rahim  ❤




Kehadiran amali: 3 Jun 2022


Thursday 2 June 2022

Asas Videografi: Video Tragedi

 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang.

Proses penghasilan video tragedi ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang kami dapat semasa menghasilkan video ini. Pemilihan jalan cerita, tempat dan waktu yang sesuai juga membantu kami menjayakan video tragedi ini.


Klik pautan Youtube di bawah untuk menonton video ❤

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO TRAGEDI [KJK PRODUCTION]


Kehadiran kuliah 1 Jun 2022


Asas Videografi: Video Seram

 

Proses penghasilan video seram ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa proses penghasilan video ini dijalankan. Pemilihan lokasi penggambaran adalah dibuat secara bersama-sama. 

Kami semua mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan video jenis seram ini. Pengalaman ini sangat bermakna dan proses penggambaran yang dijalankan sangat seronok. Suasana waktu malam yang dipilih sebagai latar masa bagi video ini juga membantu kami dalam menjayakan video seram ini dan mood seram dapat dihidupkan dalam video kami kali ini.

 Klik pautan Youtube di bawah untuk menonton video ❤

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SERAM [KJK PRODUCTION]


Kehadiran kuliah 1 Jun 2022